Tokomixhub

Lanyard eksklusif daripada artis Etudea

Dapatkan produk eksklusif daripada barisan artis kami. Produk kami sememangnya rare!

Kategori Produk Kami

Klik imej ini untuk mencari kategori yang sedia ada.

Tajuk

Descriptions.

Tittle

Descriptions.

Title

Descriptions.

Wednesday, December 31, 2025

Fesma Kemas Maeps Serdang 2025

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kami, pada 4.12.2025 sehingga 7.12.2025 kami telah mendapat jemputan melukis karikatur di Maeps Serdang. Ini adalah Pesta yang terbesar organisasi KEMAS dari seluruh negeri.

(Lukisan Karikatur yang dilukis oleh Kartunis Ki To Sia - part 1)

       Acara yang berlangsung begitu banyak, ada banyak checkpoint pentas dan banyak acara sampingan berlaku di setiap pentas yang berlainan. Kami adalah salah satu checkpoint hiburan dimana berkumpulnya aktiviti mewarna, belon oleh badut, melukis pada wajah, aktiviti santai bersama haiwan jinak dan akhir sekali melukis karikatur wajah.

(Lukisan Karikatur yang dilukis oleh Kartunis Ki To Sia - part 2)

      Saya dan isteri bergandingan bersama-sama melukis wajah anda dalam bentuk karikatur di dalam sehelai kertas. Lebih dari 300 wajah telah berjaya dilukis oleh kami berdua. Ini adalah acara tahunan yang berlangsung setiap tahun. Saya berterima kasih kepada pihak KEMAS kerana telah memilih dan menjemput kami memeriahkan suasana di sana.

(Lukisan Karikatur yang dilukis oleh Kartunis Ki To Sia - part 3)

       Ini adalah wajah-wajah ceria yang telah digambarkan oleh kartunis  Ki To Sia. Mereka banyak datang dari pelbagai negeri dan juga ada yang dari Sabah dan Sarawak. Ini adalah pesta terbesar yang pernah kami sertai yang mengumpulkan seramai beratus ribu orang datang.

(Lukisan Karikatur yang dilukis oleh Kartunis Ki To Sia - part 4)

       Akhir kalam, terima kasih kepad pihak KEMAS kerana sudi menjemput kami berdua untuk memeriahkan majlis. Semoga kita bertemu di Majlis akan datang!

Thursday, November 20, 2025

Hari Potensi KEMAS di UTM Skudai Johor Bahru 2024

       Skudai, Johor - Pada 7.9.2024 sehingga 8.9.2024 pihak kami telah dijemput oleh pihak KEMAS untuk memeriahkan suasana dengan berkarikatur sambil memberikan kepada para pengunjung yang menghadiri aktiviti sukaneka di sana.

       Karikatur telah diberi secara percuma kepada para pengunjung yang menonton aktiviti sukaneka anak-anak mereka disana. Majlis itu sangat meriah sehingga menyebabkan terlalu ramai pengunjung yang berbaris untu mendapatkan karikatur secara percuma oleh pasangan karikaturis.



      Kelihatan para pengunjung sangat berpuas hati mendapatkan karikatur secara langsung oleh kedua-dua karikaturis tempatan ini sehingga di garisan waktu terakhir.

Wednesday, July 09, 2025

Biografi Kartunis Na Na


🌟 Farah Farhana Binti Ahmad Nahar

Kartunis | Penerbit | Karikaturis
📍 Senawang, Negeri Sembilan | 🇲🇾 Malaysia
🎨 Nama pena: Na Na


Latar Belakang Pendidikan

  • Diploma dalam Rekabentuk Grafik

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Rekabentuk Grafik

  • Sijil SKM Tahap 3 dalam Animasi 3D Multimedia


Pengalaman Awal

      Na Na mula menunjukkan minat melukis seawal usia 4 tahun dan mula menjual hasil karya lukisannya pada usia 9 tahun (Darjah 3). Dorongan dan minat ini berkembang menjadi kerjaya sepenuh masa sebagai Kartunis dan Karikaturis selepas berkahwin pada 2019.

Pengalaman Industri

2.8.2016 - 7.12.2017 : Inspedia Sdn. Bhd. [ Layout Artist ]

Projek animasi yang pernah buat :

1. Hanazuki Full of Treasures

2. A New Kind Of Magic

3. Mighty Magiswords

2016 - 2020 : Lil Nana Resources [ Pengasas & Artist ]
  1. Shoes Custom Painting
  2. Grafik Design
  3. Fotografi
  4. Lukisan Potrait


Karya dan Penerbitan Sendiri.

      Na Na dikenali melalui siri komik bertema kehidupan dan motivasi berjudul Diari Nana. Gaya lukisannya yang comel dan naratif yang menyentuh sisi kehidupan yang menjadi idaman setiap individu yang inginkan ketenangan menjadikan karya-karya beliau sesuai untuk semua lapisan pembaca.

Senarai karya utama:

  1. Lawak Diari Nana X GIATMARA Kota Raja

  2. Lawak Diari Nana Memori 2021

  3. Diari Nana Membaca Sambil Mewarna

  4. Nana's Diary: Story Telling & Coloring Book

  5. Nana's Diary: New Journey

  6. Kembara Diari Nana


Karya yang pernah dihantar ke penerbitan.

  1. Majalah Kreko (2008 - 2010)
  2. Sempoi Edisi Muhibah (2021)
  3. Majalah Etudea Ground Zero (2022)
  4. Bigrose D.I.Y Comic Isi Lawak Sejagat (2022)
  5. Demi Sebuah Pengharapan (2023)
  6. Majalah Etudea Revamp (2023)
  7. Majalah Tabuh (2024)
  8. Bigrose D.I.Y Comik Lawak Srikandi (2025)
(Pernah menghantar karya loose part di Majalah Kreko pada tahun 2008 hingga 2010 dengan menggunakan nama pena Himawari Nana.)

(Juga pernah menghantar ke Majalah Etudea V1 & V2 menggunakan nama Nana)






Gaya Seni dan Kepakaran

  • Gaya Lukisan: Comel (Kawaii), Slice of Life, Positif & Inspirasi

  • Bidang: Komik, Ilustrasi, Buku Mewarna, Visual Storytelling, Multimedia Animasi

  • Kemahiran Tambahan: Reka bentuk grafik, susun atur buku, pewarnaan digital, animasi asas


Inspirasi

Kartunis Na Na menjadikan suaminya, Kartunis Ki To Sia, sebagai sumber inspirasi utama kerana suaminya juga adalah seorang kartunis. Mereka sering berkongsi idea dan bekerjasama dalam menghasilkan kandungan kreatif yang memberi impak kepada komuniti seni tempatan.


Impak dan Sumbangan

Na Na membawa nilai positif melalui lukisan yang ringan tetapi penuh makna. Setiap karya beliau menekankan elemen kekeluargaan, motivasi diri, dan penghargaan terhadap kehidupan seharian.


Fakta Menarik

Walaupun bergaya comel dan santai dalam karyanya, Na Na juga sangat teliti dalam teknikal susun atur buku, pemilihan warna, dan pengalaman pembaca dari kulit ke kulit, menjadikannya seorang artis yang lengkap dari konsep girlish pinky ke penerbitan.

Anugerah Pencapaian :


(Majlis Anugerah

(Fotografi setelah selesai mengambil anugerah. Klik lawati link untuk lihat pautan.)

(Cebisan dari Keratan Akhbar)

(Keratan Akhbar Nasional)

Rancangan Televisyen

  1. Buletin TV9 (Slot Seni & Hiburan) : Karikaturis Wanita Tampil "Trademark" Sendiri. (15 Julai 2024)
  2. Kedah FM - Pok Lek Lek (21 Sep 2024)
  3. Rancangan RTM1 - Iris Wanita : Dunia Kartunis Wanita 
@nanaartstudios Untuk pertama kali kena interview sewaktu tengah bekerja di tapak niaga di festival Peneroka Felda yang dianjurkan pada 12 Julai hingga 14 Julai. Terima kasih pada Buletin Tv9 . 🙂 #artist #karikaturis #caricaturist #karikatur #caricature #felda #penerokafelda #haripenerokafelda2024 #buletintv9 ♬ bunyi asal - NanaArtStudios




(Video penuh : Rancangan Pok Let-let Jer oleh Kedah FM - Kartunis Nana) Klik Disini Untuk Tonton Video Penuh

(Part 1 Video penuh : Rancangan RTM 1 IRIS WANITA - Dunia Kartunis Wanita)

(Part 2 Video penuh : Rancangan RTM 1 IRIS WANITA - Dunia Kartunis Wanita)

(Part 3 Video penuh : Rancangan RTM 1 IRIS WANITA - Dunia Kartunis Wanita)

Saturday, July 05, 2025

Kenali diri siapakah anda dalam industri Kartun dan Komik bhg. 1

      Sudah pasti ramai anak-anak yang ingin tahu apakah gelaran yang ada didalam kerjaya melukis Kartun & Komik. Apabila kita mengetahui posisi yang kita inginkan, nescaya kita akan menjadi seorang Artist yang professional dengan gelaran yang membuatkan orang melihat anda sebagai profesi apa?

1. Penulis
    Ada penulis dia suka menulis novel, tetapi ada juga penulis yang suka menulis skrip komik. Cara skrip penulisan komik pula tidak sama seperti penulis yang menggunakan bahasa yang melankolis, puitis serta bermadah pujangga dan berdarjat tinggi. Kebanyakan penulis komik selalunya mereka adalah Sketch Artist. Mereka ada idea, tetapi mereka kurang dari segi menghasilkan karya lukisan yangh jitu.


2. Sketch Artist (Artis Konsep)
     Golongan ini gemar melakar idea. Mereka mempunyai banyak idea dalam fikiran, seumpama seorang penulis. Walaupun ada yang kurang mahir melukis secara teknikal, namun mereka berperanan besar dalam merangka konsep awal. Ada juga yang mempunyai kemahiran lengkap termasuk inking, mewarna, dan finishing. Mereka sering menghasilkan lakaran ringkas atau thumbnail sebagai asas kepada sesebuah karya.

3. Doodle Artist / Inker
     Mereka ini pakar dalam menghasilkan garisan yang kemas dan konsisten. Tugas utama mereka ialah memperkemas lukisan melalui proses inking. Golongan ini sesuai untuk memperjelas bentuk dan struktur sesuatu lukisan agar lebih jelas sebelum proses mewarna.

4. Colorist
     Mereka memiliki kepakaran dalam aspek pewarnaan karya agar menjadi lebih menarik dan hidup. Seorang colorist biasanya bekerjasama rapat dengan inker atau doodle artist, terutamanya apabila diberikan karya yang telah diink tanpa warna. Gabungan mereka mampu menghasilkan visual yang memukau.

5. Illustrator
     Pelukis ilustrasi tidak gemar mengulangi subjek yang sama. Mereka sering bereksperimen dengan pelbagai gaya dan watak bagi mempertingkatkan kemahiran. Mereka cenderung menghasilkan seni dalam bentuk aksi, fesyen, atau kenangan. Kebanyakan ilustrator juga merupakan pelukis kulit buku yang mahir.

6. Kartunis
     Artis visual yang pakar dalam melukis dan menulis kartun atau komik. Mereka bertanggungjawab untuk kedua-dua aspek visual dan sastera karya. Ini boleh termasuk melukis, menulis dan reka bentuk keseluruhan kartun atau jalur komik. Berikut ialah pecahan yang lebih terperinci:

Artis Visual:
Kartunis menggunakan kemahiran melukis mereka untuk mencipta imej, watak dan tetapan yang menjadi ciri kartun.

Penulis:
Mereka sering menulis dialog, kapsyen dan jalan cerita yang mengiringi elemen visual.

Pencipta:
Tidak seperti ilustrator yang mungkin memberi tumpuan semata-mata pada aspek visual, kartunis terlibat dalam keseluruhan proses kreatif, daripada konsep awal hingga produk akhir.

Jenis Kartun:
Kartunis boleh menghasilkan pelbagai jenis kartun, termasuk jalur komik, kartun politik, kartun animasi dan banyak lagi.

7. Pelukis Komik
     Pelukis komik tidak semestinya mencipta cerita. Ada yang hanya melukis berdasarkan skrip atau cerita yang ditulis oleh penulis lain. Mereka adalah tenaga produksi yang penting dalam merealisasikan karya penulis. Kadangkala, hanya penulis diketengahkan dalam sesebuah projek, manakala pelukis komik kurang diberi pengiktirafan. Namun, ada juga yang bekerjasama secara berkumpulan bersama penulis.

8. Komik Artis
     Sama seperti kartunis, tetapi lebih cenderung menghasilkan karya bersiri dan naratif yang mendalam. Panel yang digunakan lebih dinamik dengan penekanan terhadap ekspresi emosi dan suasana. Mereka sanggup melukis watak yang sama berulang kali tanpa jemu, demi menjaga kesinambungan cerita.

9. Layout Artist
      Mereka adalah "arkitek" halaman komik yang menyusun rumah penceritaan supaya pembaca tak sesat, tak bosan, dan terkesan dengan setiap babak. Individu yang bertanggungjawab menyusun elemen visual seperti panel, watak, latar belakang dan dialog di dalam satu muka surat komik atau ilustrasi supaya aliran penceritaan menjadi jelas, lancar dan menarik. Mereka ini selalunya boleh berkawan dengan Pereka Grafik.

10. Pereka Grafik.
     Individu yang bertanggungjawab dalam aspek visual bukan utama komik seperti tipografi, rekaan kulit, logo, promosi, dan susun atur bahan penerbitan. Mereka memberi wajah profesional kepada sesebuah karya agar mudah dikenali, menarik perhatian, dan konsisten dengan identiti jenama komik tersebut.
  • Reka letak kulit buku:
    Mereka mencipta layout kulit depan dan belakang, termasuk tajuk, nama pencipta, sinopsis, barcode, dan elemen grafik yang mencerminkan isi kandungan.
  • Logo dan identiti visual:
    Mereka menghasilkan logo komik, watak, kumpulan, atau syarikat penerbitan agar mudah diingati dan kelihatan profesional.
  • Tipografi dan huruf:
    Memilih atau mencipta gaya huruf yang sesuai untuk tajuk, dialog, efek bunyi (sound effect), dan teks promosi.
  • Bahan promosi:
    Mereka bentuk poster, banner, risalah, bahan media sosial dan segala jenis visual pemasaran untuk menarik minat pembaca atau pembeli.
  • Susun atur dan komposisi visual:
    Bertanggungjawab dalam layout majalah, katalog atau platform digital yang menampilkan komik atau kandungan berkaitan.
  • Keseragaman jenama:
    Menjaga konsistensi dari segi warna, gaya, dan reka bentuk dalam setiap terbitan agar imej karya atau jenama kekal kukuh dan dikenali.
Pereka Grafik ialah “pembungkus profesional” bagi karya seni menjadikan karya lebih bersinar, tersusun dan layak untuk dipasarkan secara meluas.

11. Editor
      Individu yang menyelia dan memastikan keseluruhan proses penghasilan komik atau karya kartun berjalan lancar — dari aspek cerita, visual, teknikal, hingga ke penerbitan. Mereka menjaga kualiti, konsistensi, dan kesesuaian kandungan mengikut sasaran pembaca. 
  • Semakan cerita & skrip:
    Memastikan naratif cerita jelas, logik, dan menarik. Mereka membantu penulis mengukuhkan struktur cerita, dialog, dan watak.
  • Konsistensi visual:
    Memastikan watak, latar, dan gaya lukisan kekal konsisten dari satu muka surat ke muka surat lain — penting untuk kesinambungan cerita.
  • Penjaga timeline produksi:
    Editor mengurus jadual kerja, memastikan setiap peringkat disiapkan mengikut masa — daripada lakaran, inking, mewarna, hingga ke susun atur dan cetakan.
  • Penapis kandungan:
    Menilai sama ada kandungan sesuai dengan nilai budaya, sasaran umur, atau polisi penerbit. Mereka juga memastikan tiada isu sensitif atau pelanggaran hak cipta.
  • Penasihat kreatif:
    Memberi cadangan untuk tambah baik karya secara keseluruhan — dari teknik penceritaan, gaya visual, hingga pemasaran.
  • Jambatan antara pencipta & penerbit:
    Editor juga berperanan menjadi penghubung antara pelukis/penulis dengan syarikat penerbitan, pencetak, atau pengedar.

Dalam bahasa ringkas, editor ialah “mata ketiga” dalam karya yang melihat apa yang pencipta tak nampak, memastikan karya sampai ke pembaca dengan terbaik.

    Kesimpulannya, banyak gelaran yang ada berkaitan kerjaya dalam penghasilan buku kartun dan komik. Semoga anda tahu siapa diri anda sebenar dan teruskan menggunakan gelaran posisi kerjaya anda dalam industri yang betul. Anda harus menetapkan siapa anda untuk pelanggan tahu siapakah anda, dan apakah kepakaran anda. Daripada sinilah kerjaya mula bertapak dan secara perlahan-lahan anda dapat membina jati diri anda dalam keusahawanan kartun dan komik. Gelaran yang anda pakai adalah gelaran di dalam kerjaya di dalam bidang Kartun & Komik.

Boleh rujuk link di bawah :

Friday, July 04, 2025

Terma dan Syarat Penggunaan Kandungan Website

Selamat datang ke laman rasmi Tokomix Hub. Dengan mengakses, melayari atau menggunakan laman web ini dan sebarang kandungan berkaitan, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum meneruskan.


1. Pemilikan Kandungan

Semua kandungan dalam laman web ini termasuk komik, ilustrasi, watak, teks, grafik, muzik, dan logo adalah hak milik eksklusif pencipta, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan harta intelek. Anda tidak dibenarkan menyalin, menyunting, menyebar atau menggunakan kandungan ini tanpa kebenaran rasmi.


2. Penggunaan Laman Web

Anda dibenarkan:

  • Melayari dan membaca kandungan untuk tujuan peribadi sahaja.

  • Berkongsi pautan rasmi laman web dengan penghargaan sewajarnya.

Anda tidak dibenarkan:

  • Mengubah atau mengedarkan semula kandungan tanpa izin.

  • Menggunakan kandungan untuk tujuan komersial.

  • Mengakses laman web dengan niat jahat, seperti penggodaman atau spam.


3. Fan Art & Kandungan Pengguna

Sebarang fan art, karya peminat, atau penghantaran pengguna mestilah:

  • Tidak melanggar sifat watak asal.

  • Tidak mengandungi unsur negatif, lucah, atau berbahaya.

  • Mendapat kebenaran bertulis sekiranya ingin disiarkan secara umum atau dijual.

Pihak Tokomix Hub berhak menolak, menarik balik, atau mengambil tindakan terhadap karya yang melanggar dasar.


4. Pautan ke Laman Luar

Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, dasar privasi atau keselamatan laman pihak ketiga tersebut.


5. Pelanggaran & Tindakan Undang-Undang

Sebarang pelanggaran terhadap terma ini boleh mengakibatkan:

  • Tindakan undang-undang,

  • Penamatan akses ke laman web atau perkhidmatan kami,

  • Tuntutan ganti rugi.


6. Perubahan Terma

Pihak kami berhak untuk mengubah, menambah atau menyesuaikan terma ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Anda digalakkan menyemak halaman ini secara berkala.


7. Undang-Undang Terpakai

Terma ini tertakluk dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sah.


✉️ Hubungi Kami

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan penggunaan kandungan, kebenaran rasmi, atau lesen produk:
📩 Emel: tokomixhub@gmail.com

Versi Ringkas (untuk paparan footer atau pop-up)

Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kitosia. Semua kandungan dilindungi hak cipta. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.

Lesen dan Kebenaran Penghasilan Produk

Semua hak cipta dan hak komersial bagi Tokomix Hub, termasuk watak, logo, rekaan visual, dan elemen cerita, adalah hak milik eksklusif pencipta asal. Sebarang penghasilan atau penjualan produk berdasarkan syarikat kami hanya dibenarkan setelah mendapat lesen rasmi atau kebenaran bertulis.

1. Pemilikan Hak Eksklusif

Pencipta Kitosia memegang hak penuh terhadap:

  • Watak dan reka bentuk asal

  • Nama dan logo karya

  • Kandungan visual, teks, dan naratif

  • Segala bentuk perniagaan atau promosi yang berkaitan

Sebarang produk, sama ada fizikal atau digital, yang menggunakan elemen karya kami adalah dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

2. Kebenaran untuk Menghasilkan atau Menjual Produk

Sesiapa yang ingin:

  • Menghasilkan produk berdasarkan watak atau reka bentuk karekter kami

  • Menjual barangan seperti t-shirt, poster, figura, komik, digital art, NFT, dan seumpamanya

  • Menawarkan kolaborasi komersial atau promosi berbayar

WAJIB mendapatkan lesen atau kebenaran rasmi bertulis daripada pihak pencipta/pengurusan Tokomix Hub

Permohonan boleh dihantar ke: [tokomixhub@gmail.com]

3. Jenis Produk yang Memerlukan Lesen

  • Barangan fizikal (baju, topi, sticker, mainan, poster, aksesori dll.)

  • Kandungan digital (NFT, aplikasi, e-book, muzik, video promosi)

  • Barangan cetakan (komik cetak semula, poskad, kalendar)

  • Penstriman atau persembahan awam yang melibatkan watak cerita kami

4. Larangan Tanpa Kebenaran

Dilarang sama sekali:

  • Menghasilkan atau menjual produk tanpa lesen

  • Menggunakan nama atau imej karya kami untuk tujuan promosi tanpa kebenaran

  • Menyamar sebagai wakil rasmi Karya kami

  • Menjual karya fan art secara bebas tanpa lesen

Tindakan undang-undang boleh diambil jika berlaku pelanggaran terhadap dasar ini.

5. Penamatan Lesen

Sebarang lesen yang diberikan boleh ditarik balik sekiranya:

  • Produk menyalahi garis panduan yang ditetapkan

  • Kandungan menjejaskan reputasi atau nilai asal karekter asal

  • Terbukti menyalah guna hak atau melanggar kontrak

Kebenaran Menghasilkan Karya Fan Art

 

Kebenaran Fan Art

Kami menghargai sokongan dan minat para peminat terhadap Kitosia, termasuk dalam bentuk karya peminat (fan art). Namun, untuk melindungi integriti watak dan kandungan asal, semua karya fan art tertakluk kepada dasar berikut:

1. Kebenaran Bertulis Diperlukan

Semua bentuk fan art yang:

  • Dipamerkan kepada umum (secara digital atau fizikal),

  • Diterbitkan di media sosial, laman web, atau cetakan,

  • Digunakan untuk tujuan komersial (jualan, cetakan, barangan),

mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada pencipta rasmi Kitosia terlebih dahulu.

2. Garis Panduan Fan Art

Fan art yang dibenarkan (setelah mendapat kebenaran) hendaklah:

  • Tidak mengubah sifat atau perwatakan asal watak-watak utama Kitosia.

  • Tidak melibatkan kandungan sensitif, lucah, ganas melampau, atau bercanggah dengan nilai asal karya.

  • Mengiktiraf pemilikan asal, contohnya dengan menyertakan “Watak dari Komik Kitosia oleh [Nama Pencipta]”.

3. Larangan Kegunaan Komersial Tanpa Kebenaran

Dilarang sama sekali menjual, mencetak, atau mengedarkan fan art dalam bentuk:

  • Poster

  • T-shirt atau pakaian

  • Barangan cenderamata

  • NFT atau sebarang format digital berbayar

tanpa kelulusan rasmi bertulis dari pihak pencipta Kitosia.

4. Tindakan Terhadap Penyalahgunaan

Kami berhak mengambil tindakan berikut terhadap fan art yang melanggar dasar ini:

  • Menghantar notis amaran atau permintaan untuk menarik balik kandungan

  • Melapor kepada pihak platform (media sosial/penjual) untuk tindakan lanjut

  • Mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran serius

Jika anda ingin menghasilkan karya fan art, sila hubungi kami di: [alamat emel anda] untuk permohonan rasmi.